Berbeza dengan baja kimia yang mendatangkan bahaya kepada kesihatan manusia, baja organik AGM2K bukan sahaja boleh digunakan ke atas tumbuhan bahkan dicampur dalam makanan haiwan ternakan.
BIDANG pertanian dan penternakan tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia kerana kepentingannya sebagai sumber makanan.
Dari dahulu, ia mengalami transformasi termasuk input-input pertanian itu sendiri. Salah satu input terpenting adalah baja. Daripada proses semula jadi dan kimia, ia membantu usaha pertanian sama ada skop kecil-kecilan dan besar-besaran, dari kebun belakang rumah sehinggalah ladang berskala besar.
Baja juga mengalami transformasinya sendiri. Jika dulu, kalau disebut baja, ramai membayangkan ia adalah najis binatang atau baja kimia yang melibatkan campuran bahan yang mendatangkan kesan sampingan kepada kesihatan tetapi kini baja organik semakin mendapat perhatian.
Trend pertanian mesra alam semakin digemari. Ini kerana baja kimia bukan lagi langkah terbaik kerana ia beracun dan memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Sebagai negara maju, Jepun dilihat pencetus kepada baja organik termasuk apa yang dinamakan sebagai cecair organik bio aktif hasil sebatian penapaian, unsur tanah dan mikrob berguna.
Kesemua cecair campuran mesra alam itu atau dikenali AGM2K digunakan untuk meleraikan bahan organik dan formula itu diasaskan Dr. Teruo Higa dari Universiti Ryukyu, Jepun sekitar tahun 1980-an.
Kemudian, ia dijadikan asas dalam kaedah Masanobu Fukuoka dalam bukunya yang terkenal bertajuk The One Straw Revolution.
Atas dasar itu, sebuah syarikat tempatan, Armada Global Marketing turut menjadikan cecair baja atau AGM2k sebagai produk utamanya.
Menurut seorang petani, Hassan Abdul, 43, sejak menggunakan AGM2K, tanaman buah naganya tidak lagi dilanda virus.
Menurutnya, sebelum ini, tanamannya yang mengeluarkan hasil sebanyak dua kali setahun diserang virus yang merosakkan batang pokok dan buah dengan hampir 90 peratus tanamannya rosak.
"Saya mengalami bencana dan sudah banyak jenis produk digunakan bagi mengatasi masalah ini tetapi tidak berkesan," ujarnya ketika ditemui KOSMO! baru-baru ini.
Menurut Hassan, sehinggalah pada satu hari, seorang rakan mencadangkan kan produk AGM2K dan walaupun kurang yakin, beliau tetap mencuba dengan menyemburkan pada bahagian batang dan pangkal pokok
"Seminggu kemudian, saya melihat hasil yang sungguh positif. Batang pokok sudah mulai menghijau dan virus mulai berkurangan. Tunas baru mulai muncul," jelasnya.
Hassan kemudiannya mengulangi semburan pada minggu kedua dan ketiga dan apa yang menakjubkan dalam tempoh sebulan, masalah telah pulih.
Seorang lagi pengguna, Jamaliah Md. Din, 52, pula berkata, sejak penggunaan AGM2K, pokok bunga di halaman rumahnya semakin subur dan menganggap ia satu baja yang sesuai untuk semua tanaman.
"Hobi saya menanam pokok bunga di halaman rumah. Kebanyakannya di dalam pasu dan sebahagiannya di atas tanah.
"Pelbagai jenis baja saya guna untuk menyuburkan pokok. Belum ada sejenis baja yang benar-benar berkesan, selain AGM2K," katanya.
Malah, katanya, beliau cuba menyembur AGM2K kepada pokok pisangnya yang sebelum ini kurang subur dan terkejut pada minggu pertama, daunnya menjadi semakin hijau.
"Pada minggu kedua, muncul pucuk baru," jelasnya yang menetap di Hulu Langat, Selangor.
Bagi seorang penanam kelapa sawit, Hasruni Ahmad dari Batu Pahat, Johor, beliau tidak menyangka sejak menggunakan AGM2K, saiz buah kelapa sawitnya semakin membesar.
"Syukurlah, dengan menggunakan AGM2K ini, saiz buah kelapa sawit jadi besar dan berat dan kini pendapatan saya telah bertambah," katanya.
Pengarah Urusan Armada Global, Nor Azimah Salaman berkata, melalui usaha pihaknya, ia diharap membantu mengurangkan penggunaan baja kimia di negara ini, selain meningkatkan hasil tanaman dan dalam masa yang sama, ia juga dapat menjimatkan kos.
Menurut Nor Azimah, sekiranya seseorang itu menggunakan AGMK2, ia membantu meningkatkan hasil tanaman dan dalam masa yang sama, ia dapat menjimatkan kos pembajaan.
"Cecair organik bio aktif AGM2K ialah sebatian daripada hasil penapaian, unsur tanah dan mikrob berguna. Ia digunakan untuk meleraikan bahan organik.
"Produk ini diproses secara semula jadi. Tiada campuran bahan kimia dan AGM2K memang sesuai dijadikan makanan lengkap untuk tumbuh- tumbuhan kerana di dalamnya terkandung mineral dan bakteria yang baik," tambahnya.
Apa yang menarik, ia bukan sekadar boleh digunakan untuk tumbuhan malah ia juga boleh diberikan kepada haiwan sebagai enzim merangsang selera makan yang secara tidak langsung menggalakkan proses tumbesaran.
"Ia juga bertindak sebagai antibiotik dan probiotik kepada haiwan yang dapat membantu menyelesaikan masalah penyakit kuku dan mulut.
"Kami jadikan AGM2K dengan pelbagai kegunaan untuk memberi kesenangan kepada pembeli," jelasnya.
Selain meningkatkan kesuburan tumbuh-tumbuhan dan dan menggalakkan tumbesaran haiwan, istimewanya AGM2K ialah ia merawat serta memulihkan penyakit kanser atau celana batang pada pokok durian, nangka, cempedak, limau dan mangga.
"AGM2K bukan sahaja menjadi makanan utama tumbuh-tumbuhan malah ia boleh digunakan untuk merawat penyakit seperti penyakit puru pada kulit pokok dokong dan duku," jelasnya.
Dalam pada itu, katanya, orang ramai yang berminat boleh menghubungi pejabatnya di Armada Global Marketing, No. 41-1, Jalan Putra Mahkota, 7/4A, Pusat Bandar Putra Point 1, Putera Heights, Subang Jaya atau menghubungi talian 019-3435132.
0 ulasan:
Comment/FAQ