Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

13 Mac 2009

Siput Babi Sebagai Bahan Mentah.

Siput babi atau nama saintifik nya achatina fulica adalah kita anggap sebagai siput perosak dan tidak banyak di manafaat kan.Di Filipina dan Thailand siput siput ini adalah sebahagian bahan mentah yang di gunakan di dalam makanan rumusan bagi ikan ikan yang di ternak.





Cara pemprosesan nya ia lah dengan merendam di dalam air garam selama 15 hingga 30 min untuk membuang segala lendir dan kotoran.
Kemudian buang semua air ini dan masukan air baru yang di campur dengan garam dan di rebus selama 30 min-jangan sampai air kering.
Buang air yang masih ada dan siput-siput yang masak ini kemudian di ketuk kulit nya bagi mendapatkan isinya.Keringkan isi ini semada di jemur atau mengunakan dryer.
Mesin atau kisar hingga menjadi tepong.
Isi siput babi ini, di dalam makanan rumusan bukan sebagai sumber protin utama,tapi sebagai pembekal zat galian bagi penganti pengunaan DLcalcium phosphate dalam makanan rumusan.
Pengunaan nya hanya lah sebagai growth promoter pada kadar 3 hingga 5 % dalam makanan rumusan kerana ia nya mengandungi 60 % calcium,8 % phosphorus dan 4.35 % cystine dalam keadaan kering.

12 ulasan:

Tutor Malaysia berkata...

Maha Suci Allah, siput babi yang dianggap sebagai binatang perosak tanam-tanaman, kini boleh dimanfaatkan untuk memajukan lagi bidang pertanian.

Dahulu musuh pertanian, kini sumber penting untuk pertanian.

Cikgu Naim berkata...

Maaf,saya tidak dapat menjawab soalan saudara,harap saudara dapat bertanya kepada yang arif,
Blog ini hanya berbincang dari segi makanan ternakan ikan tetapi bukan dari segi hukum.sorry ye.

Tanpa Nama berkata...

Secara logiknya, kita pancing ikan menggunakan cacing ataupun umpun2, adakah sama dengan ikan yang makan siput. Hukum syara' ni haiwan kena patuhi jugak ke? errr ....

Cikgu Naim berkata...

Salam ,Saya ada bertanya ,hukum ayam yang makan ulat,kemudian kita makan ayam itu,jawapan nya halal,apa apa pun sila dapat fatwa yang lebih lengkap dari orang yang berkelayakan.

Cikgu Naim berkata...

Salam,Blog ini hanya berbincang tentang makanan yang di makan ikan,bukan soal hukum ugama,jika saudara hendak bebincang soal hukum,sila ke blog yang berkaitan dan beri pendapat saudara di sana.
terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

SALAM TN.

SAYA PERNAH HADIRI KURSUS MBUAT MKANAN IKAN DI KL DAN SAYA DAPAT IDEA. APA PENDAPAT TN JIKA SAYA GUNAKAN FORMULA CAMPURAN BAHAN YG SAYA TERNAK SENDIRI SEPERTI RUMPUT INDIA, CENGKERIK DAN CACING SUTRA? KEMUDIAN SAYA JADIKAN TEPUNG KEMUDIAN DIADUN UTK DIJADIKAN PALET MAKANAN IKAN?

Cikgu Naim berkata...

Salam,
Menyediakan bahan mentah dari sumber sendiri adalah yang terbaik selain dari dapat menjimat kan kos,ianya dapat mengstabilkan bekalan yang di kehendaki,syabas dan saya saran kan teruskan usaha saudara.

Tanpa Nama berkata...

TERIMA KASIH TN DIATAS MOTIVASI YG DIBERI. SAYA ADALAH "ANONYMOUS" SPT DIATAS BERTANYA MENGENAI SUMBER BAHAN MENTAH SENDIRI. SOALAN TERAKHIR SAYA IALAH:- SAYA DAPATI RAMAI USAHAWAN YANG INGIN MENGUSAHAKAN TERNAKAN IKAN DAN JUGA BENIH IKAN. TETAPI SUKAR SAYA DENGARI MENGENAI ORANG MENYEDIAKAN BAHAN MAKANAN IKAN BERBENTUK PALET. AGAKNYA JIKA SAYA MENGUSAHAKANNYA SERTA MELAKSANAKAN PEMASARAN YG "TERBAIK", APAKAH POTENSINYA??

Cikgu Naim berkata...

Pada pendapat saya pontensi nya amat cerah dalam pembuatan makanan ternakan ini.Masalah utama dalam pembuatan makanan ini ialah bahan mentah,Mulakan dengan pengeluaran bahan mentah yang berkualiti terutama sumber protin,ianya bukan sahaja di guna dalam akua tetapi lain lain ternakan.Bayangkan di thailand ada lebih dari 200 pengilang makanan (modal berbayar lebih dari 2 juta),tapi masih lagi tidak mencukupi ,dan kita di sini boleh bilang jari sehaja dengan kilang sebesar itu.

Tanpa Nama berkata...

SALAM CIKGU.

SAYA NAK TANYA PENDAPAT CIKGU:-
PALET MAKANAN IKAN ADALAH TEKNOLOGI RUMUSAN KHAS UTK TUMBESARAN IKAN SECARA SEIMBANG.SEPERTI JUGA MANUSIA KINI TERDEDAH DENGAN PELBAGAI PIL2 VITAMIN SUPAYA KITA MENDAPAT PEMAKANAN SEIMBANG UTK MENDAPAT KESIHATAN YG MAKSIMA. TETAPI PADA ZAMAN DAHULU MANUSIA TAK PERLU KEPADA PIL2 TERSEBUT, DIMANA MAKANAN2 SEPERTI ULAM2 & MAKANAN TRADISI MAMPU MENYEDIAKAN PEMAKANAN YG SEIMBANG.

SO, BAGAIMANA PENDAPAT CIKGU JIKA IKAN2 DIBERI MAKANAN2 BERUPA "LIVE FOOD" SEPERTI CENGKERIK, CACING, ETC. SAYA SEBENARNYA TERFIKIR UTK TERNAK CENGKERIK & CACING TUBIFEX, DIKERINGKAN DAN DISUPPLY KEPADA PENTERNAK IKAN TERNAKAN & AKUARIUM. ADAKAH ZAT2NYA SEIMBANG?

MOHON PENDAPAT CIKGU...

Cikgu Naim berkata...

Salam,
Makananan rumusan atau palet di buat bertujuan untuk pembesaran optima dalam jangka masa yang singkat.Live food adalah makanan konvensional bagi kebanyakan ikan tetapi ianya tidak dapat memenuhi kreteria di atas.Walau bagaimana pun live food ada pasaran nya yang tersendiri spt ikan akuarium atau ketutu yang masih lagi bergantung kepada live food.Potensi nya amat baik jika saudara buat pada skala yang besar dan di proses dengan baik.

Nan Zul berkata...

Rasanya hukum fekah untuk manusia, bukan utk binatang...kalau gitu tak boleh makan ayam sebab ayam makan ulat.."