Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

17 Julai 2010

Pumping system

Pumping sistem atau pengaliran air di dalam sistem RAS amat penting,aliran yang kurang akan menyebabkan sistem tidak dapat mengalih kan segala toksik dan bahan buangan di kolam ternakan. Sementara aliran yang terlampau kuat akan meningkatkan kos operasi.

Dalam mereka bentuk aliran yang sempurna dalam sistem RAS untuk lobster air tawar perlu kepada kreteria berikut.

1.Dapat mengalihkan semua toksik saperti ammonia,karbon dioksida dll.

2.Tidak mengalihkan makanan yang di taburkan pada sekitar  dasar kolam.

3.Dapat membekal oksigen pada keseluruhan kolam,dan menghindarkan sudut sudut mati atau pengumpulan bahan bahan buangan/lebihan makanan yang mengalak kan pembiakan bacteria anaerobic yang mengeluarkan gas hydrogen sulphide ke dalam sistem

4.Aliran yang sederhana.

5.Penyelengaraan yang kurang.

6.Kos operasi yang rendah.

Dari segi kejuruteraan mekanikal ,rekabentuk yang efficient perlu kepada reka bentuk dan pengiraan yang komplek yang mana boleh di pelajari di sini.(http://www.advancedaquarist.com/issues/jan2003/featurejp.htm)

Dalam topik ini,memandangkan sistem ini tidak berapa besar,efficiency tidak melibatkan kos yang besar.dan tidak perlu membuat pengiraan yang unik.Apa yang perlu di ketahui adalah saperti berikut

1.Jumlah air kolam ternakan
2.Berapa jumlah kitaran
3.Tempat tertinggi air yang di salurkan.

Bagi sistem RAS untuk lobster air tawar aliran yang di syorkan adalah antara 1.5 hingga 2 pusingan sejam.

Dalam pemilihan pum yang sesuai,apa yang perlu di ketahuai ialah flow chart atau pump curve yang di sertakan bersama pum itu.



Dalam sistem yang di nyatakan, beberapa perkara telah di ketahui

1.Jumlah air di dalam kolam = 1600 litre
2.Ketinggian air yang perlu di pum =  2  m
3.Aliran air = 2400 liter /sejam   ( 1600 x 1.5 kali sejam penukaran air)

Dari data di atas boleh kita plot kan di dalam carta saperti berikut


Ambil jumlah aliran di bawah (2400 liter),unjurkan ke atas,ambil ketinggian unjurkan ke kanan,titik pertemuan kedua dua garisan ini adalah sais pum yang sesuai.Dalam topik ini model AS 6000 adalah paling sesuai.





0 ulasan: