Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

16 April 2010

Tahi Lembu Sebagai Makanan Plankton

Bagi yang baru menceburi bidang pembenihan anak ikan, terutama benih keli masalah utama yang sering terjadi ialah bila mana masuk pada hari ke 4 dan 5 selepas penetasan ,di dapati kebanyakan benih benih ini 'hilang'.atau berkurangan.

Sebenar nya benih benih  ini tidak hilang,tapi mati.Bangkai bangkai benih benih ini atau rega ini,kemudian nya di makan oleh sesama kawan yang masih hidup, menyebabkan tiada kesan kematian yang di jumpai.

Kematian benih benih ini pada hari ke 4 ,80 % adalah faktor tiada makanan.Kebanyakan benih ikan akan bertahan selama 3 hari tanpa makan selepas menetas kerana makanan di perolehi dari kuning telor yang melekat semasa menetas,selepas 3 hari ,rega rega ini perlu makan secara semula jadi daripada persekitaran yang di diami.Bagi sesetengah spesies ketiadaan makanan lebih dari 2 jam selepas kuning telor ini di serap,boleh membawa kepada kematian rega rega ini.

Untuk mengatasi masalah ini populasi zooplanton dan fetoplanton perlu berada pada tahap maksima semasa kehabisan kuning telor ini.

Cara nya ialah dengan mengunakan tahi lembu.

Resepi.
1. 1 baldi tahi lembu ( 5 liter) yang likat.
2.  1 kg susu tepong bayi ( biasanya susu Dumex)
3.  50 biji Vitamin B- complex.

Cara cara membuat nya.....

1. Gaul kan kesemua nya ini sehingga sebati,tidak terlampau keras ( tambah air jika perlu),tapi dalam keadaan likat ,supaya mudah untuk kerja kerja menyapu ( macam sapu cat)

Penyediaan Kolam.-kolam simen adalah terbaik.

1.  Setelah kerja kerja pembersihan ,keringkan kolam ini sehingga betul betul kering.

2.  Sapukan sekeliling kolam dengan tahi lembu ini, 1" kebawah dari paras air yang akan di masuki pada kadar   lebar 2-3 " ke bawah.

3.  Biarkan ia betul betul kering,biasanya 3 hari jika panas terik.

4.  Setelah kering masukan air pada paras yang di kehendaki,biarkan sekurang kurang 3 hari lagi.

5.  Selepas 3 hari ,masukan telor untuk penetasan.

* Selepas 10 hari,makanan tambahan perlu di beri saperti palet debu , encapsulated egg,atau kuning telor rebus- ( perhatian perlu di buat mungkin makanan ini perlu di beri awal lagi jika perlu)

Selamat Mencuba.

3 ulasan:

Cikgu Naim berkata...

Saya amat tertarik dengan kenyataan dari salah seorang pegawai perikanan kota bharu, kelantan.Beliau menyatakan teknik ini tidak boleh di pakai dan hanya ada dalam buku!,sebagai maklumat semua teknik ini telah berpuloh tahun di guna di thailand,indonesia ,german,us dll.Cuma mereka mungkin tidak mengunakan tahi lembu ,tetapi najis dari binatang lain.
Cuma apa yang saya nak tekankan bukan teknik, tapi kos pengeluaran yang di hasilkan.( mana mana teknik boleh di guna pakai asalkan dapat memperolehi hasil dan kos uang manasabah),contoh nya kalau sekarang ,anak keli saiz 3 " ,kenapa boleh dijual dengan harga 6 sen?,sedangkan ramai penternak (yang tak tahu)mengeluh kos mereka melebehi 1o sen seekor.
Saya tidak katakan teknik yang di ajar oleh pegawai perikanan tidak berhasil,cuma kos nya tidak berbaloi dengan hasil yang di perolehi.
Satu lagi yang saya nak tekankan,kenapa setiap cadangan dari pegawai perikanan sentiasa ada backup subsidi saperti makanan dll,tidak boleh kah pegawai pegawai ini hanya memberi khidmat pakar sahaja?.Dari pengalaman saya,bila mana subsidi di tarik balik kebanyakan projek akan gagal.Ini membuktikan ada sesuatu yang tidak kena.

Tanpa Nama berkata...

sy setuju sgt2 dgn cikgu....

Tanpa Nama berkata...

sy setuju sgt2 dgn cikgu....