Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

06 Julai 2009

Smoked keli Omega 3

DIDATANGKAN dalam tiga perisa berbeza, ikan keli salai ini pasti menambat hati pembeli.

JIKA anda gemar menikmati juadah tengah hari dengan lauk ikan keli bakar mahupun goreng rangup dengan sambal belacan, apa kata cuba resepi baru Chef Bob iaitu smoked keli yang didatangkan dengan tiga rasa berbeza.

Rasa unik smoked keli atau keli salai dengan sos cili api, kari dan teriyaki pasti memberikan kelainan dalam hidangan penggemar ikan keli kali ini.

Tidak mustahil bagi yang pernah merasa resipi baru Chef Bob ini akan terpikat dengan rasa smoked keli dan menjadikan ia sebagai menu harian menggantikan ikan keli bakar atau goreng.

Lebih istimewa, aroma harum smoked keli kekal lama kerana ia diasapkan menggunakan bahan bakar daripada kayu pokok epal yang diimport khas dari Australia dan China selama 25 minit pada suhu 25 darjah Celcius.

Bagi yang berminat dan teringin untuk mencuba kelazatan smoked keli, mereka kini boleh mendapatkannya pada harga RM8 untuk satu pek seberat 500 gram mengikut harga jualan premis di pasar-pasar tani seluruh Selangor dan pasar raya besar.

Smoked keli merupakan projek kerajaan negeri Selangor dan dilaksanakan oleh MAIS Food Indutries Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Kilang pemprosesan smoked keli yang beroperasi awal bulan ini itu terletak di Kawasan Perindustrian Kuala Selangor.

Chef Bob atau nama sebenarnya Mustaffa Ibrahim menjangkakan smoked keli bakal mendapat sambutan hangat daripada masyarakat tempatan kerana rasa enak dan uniknya selain mengandungi Omega 3.

“Smoked Keli ini bukan sahaja sesuai dimakan dengan nasi, tetapi juga boleh dinikmati dengan roti dan juga biskut,” katanya ketika ditemui dalam lawatan media ke kilang itu baru-baru ini.

Beliau yang berperanan sebagai pengurus, penyelia, pencipta resipi dan juga tukang masak di kilang itu memberitahu, kilang memerlukan 1,500 kilogram (kg) ikan keli segar setiap hari daripada penternak tempatan untuk menghasilkan kira-kira 3,000 pek smoked keli sehari.

“Proses pemilihan ikan keli segar hanyalah di kalangan penternak yang mengamalkan pemeliharaan Omega 3 dari Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Rawang,” ujarnya.

Menceritakan tentang proses penyediaan smoked keli, beliau menjelaskan, sebanyak 1,500 kg ikan keli segar akan dimatikan di dalam bilik sejuk dengan suhu -15 darjah Celcius sebelum disiang dan dibersihkan.

“Selepas dibersihkan dengan asam dan garam, ikan keli akan dipotong mengikut kesesuaian saiz pek seterusnya diperap,” jelasnya.

Kemudian katanya, ikan yang telah dipotong akan disalai dengan melalui tiga peringkat iaitu pengeringan dengan suhu 75 darjah Celcius selama 1 jam 45 minit, diasapkan menggunakan kayu epal pada suhu 100 darjah Celcius selama 25 minit dan proses menterbalikkan untuk mengeluarkan asap selama lima minit.

“Dalam keadaan panas itu, ikan akan terus disejukkan dalam peti ais dengan suhu -45 darjah Celcius seterusnya dipek dengan berat 500gram beserta sos,” katanya.

Tambahnya, pelanggan yang mahu mencuba kelazatan resepinya hanya perlu merebus smoked keli yang dipek dalam plastik bersama sosnya di dalam air menggelegak selama tiga minit sebelum boleh dihidang.

“Cuba rasa sekali dan saya pasti anda akan berpuas hati dengan rasanya yang lazat dan keharuman aromanya yang pasti memikat hati,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Asli dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Raja Ideris Raja Ahmad berkata, smoked keli kini mendapat sambutan hangat daripada masyarakat tempatan dan dijangkakan projek itu bakal mengaut keuntungan sehingga RM20,000 sehari.

“Selepas ia diperkenalkan di pasaran tempatan, kerajaan negeri bercadang untuk mengeksport smoked keli ke luar negara seperti Taiwan dan Dubai setanding dengan keluaran smoked salmon,” ujarnya.

Tambahnya, kilang ikan keli salai PKPS yang bernilai RM1.5 juta itu akan diperbesarkan mengikut kehendak pasaran akan datang.

Kembali KeRencana/Berita

0 ulasan: