Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

16 Julai 2009

Pengunaan EM Dalam Penternakan Udang

TEKUN: Pekerja menangkap udang harimau di kolam Pusat Penyelidikan dan Ternakan Air Payau.

J-Biotech, Jabatan Perikanan guna teknologi mikroorganisma hasilkan udang harimau bermutu tinggi

GELANG PATAH: Udang harimau, satu ketika dulu adalah spesies udang laut terkenal yang dinikmati ramai penggemar makanan laut, malah diternak secara komersial sebilangan besar pengusaha industri penternakan udang di negara ini.

Ketika itu, ia bukan saja spesies udang laut utama ternakan kebanyakan penternak udang negara, malah menjadi hasil ternakan akuakultur yang penting sejak pengeluaran benih secara besar-besaran dan penggunaan teknologi ternakan yang moden.

Udang harimau bukan seperti udang putih bersaiz kecil dikenali udang ‘P Vannamei’ atau ‘Pacific White’ yang kini dijual secara lambakan di pasar, saiz udang harimau mampu mencecah antara 15 sentimeter (sm) hingga 20 sm panjang dan berat 25 gram (g) hingga 35 g seekor.

Harganya pula mampu mencecah antara RM25 hingga RM35 satu kilogram atau purata 40 ekor dengan mengambil kira berat purata seekor ikan adalah 25 g.

Namun, sejak kebelakangan ini, udang harimau tidak lagi menjadi spesies ternakan pilihan sebahagian besar pengusaha udang negara kerana ia mudah terdedah kepada sejenis virus dikenali Sindrom Bintik Putih atau ‘White Spot Syndrome Virus’.

Sejurus terdedah kepada Sindrom Bintik Putih ini, udang akan mati dalam tempoh 24 hingga 72 jam selepas dijangkiti.

Berikutan keadaan ini, ramai pengusaha udang beralih menternak udang putih yang kurang berisiko, selain harga benih yang jauh lebih murah dan boleh diternak pada jumlah lebih banyak dalam sesebuah kolam berbanding udang harimau.

Bagaimanapun, penternak udang tidak dapat mengaut untung berlebihan kerana udang itu turut diternak secara komersial di negara jiran, Thailand. Persaingan itu sekali gus menyebabkan harga udang jatuh.

Menyedari kepentingan memulihkan semula pasaran udang harimau di negara ini, Perbadanan dan Biodiversiti (J-Biotech) dengan usaha sama Jabatan Perikanan memulakan satu Projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Ternakan Udang Harimau Aplikasi Bioteknologi.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan dan Biodiversiti (J-Biotech), Datuk Abd Karim Hassan, berkata usaha itu perlu dilaksanakan bagi mengembalikan keyakinan penternak serta prospek udang harimau di negara ini.

Beliau berkata, menerusi projek R&D itu, satu kajian mengenai perbandingan aplikasi bioteknologi, iaitu menggunakan teknologi mikroorganisma berkesan (EM) dijalankan.

“Mikroorganisma berkesan ialah gabungan beberapa mikroorganisma atau hidupan seni (mikro) yang bermanfaat bagi pertanian, perikanan bahkan alam sekitar yang bertindak secara semula jadi dan khusus. Ia bertindak menjamin kualiti air kolam dalam keadaan yang sesuai dan baik,” katanya.

Pegawai Penyelidik J-Biotech, Mohd Zikri Omar, berkata projek penternakan udang itu dilakukan menerusi dua kaedah iaitu menerusi sistem ternakan terbuka, yang mana air kolam ditukar berdasarkan kualiti air dalam tempoh tertentu dan sistem ternakan tertutup, menggunakan mikroorganisma berkesan, yang mana tiada penukaran air dari mula tempoh penternakan hingga udang matang.

Menerusi kedua-dua kaedah ini, J-Biotech bersama Pusat Penyelidikan Ternakan Air Payau (PPTAP) melalui Dr Fariddudin Othman mengkaji tahap tumbesaran dan kualiti udang selain tahap kualiti air bermula benih udang berusia 18 hari hingga ia menjadi matang mencecah 120 hari (tiga bulan).

“Hasil pemerhatian kajian selama tiga bulan ini, kami dapat melihat tindak balas positif aplikasi mikroorganisma berkesan terhadap air dan udang serta keadaan dasar kolam. Sepanjang penternakan menggunakan mikroorganisma berkesan ini, dasar kolam menjadi lebih bersih dan menjimatkan kos berbanding sebelum ini apabila terpaksa berbelanja tinggi bagi membersihkan dasar kolam penternakan udang harimau.

“Projek ternakan udang harimau itu menggunakan enam kolam yang berkeluasan 0.25 hektar setiap satu. Ini adalah kitaran pertama menggunakan mikroorganisma berkesan daripada tiga kitaran yang akan dijalankan sehingga Mac 2009.

“Pada 12 hingga 13 Mac lalu, kami mengeluarkan semua udang harimau matang ini dan hasilnya, sebanyak antara 1.0 hingga 1.5 tan udang harimau diperoleh dari setiap kolam,” katanya.

Mohd Zikri berkata, kajian yang dijalankan juga mendapati udang harimau yang dihasilkan menerusi kaedah itu lebih kenyal, bersih, kurang hanyir dan besar, hingga mampu mencecah 58 g seekor atau hanya 17 ekor udang untuk satu kg.

Hasil kajian ini pastinya memberi harapan baru buat penternak udang harimau.

Kembali Ke Rencana/Berita Pilihan

0 ulasan: