Cara Menyalai.
Proses penyalaian dan pengeringan ikan bermula sejak beribu ribu tahun dahulu lagi.Penyalaian di buat samada secara penyalaian panas ia suhu asap panas sehingga 250 darjah F atau penyalaian dingin ia itu suhu asap di bawah 80 darjah F selama beberapa jam.
Setelah ikan di cuci dengan bersih,ikan ikan ini di rendam dalam air yang bercampur garam selama 15 minit,
semalaman adalah lebih baik.Air yang di guna hendaklah tanpa klorin ,jika air paip terpaksa juga di guna biarkan di dalam bekas terbuka selama beberapa jam untuk menyahkan klorin,garam juga bukan lah dari jenis yang beriodin.
Ramuan rendaman ini boleh juga di tambah dengan lada, gula perang, atau apa-apa perasa atau rempah ratus yang anda suka dengan ikan.
Apakah jenis ikan yang boleh di salai? Mana-mana ikan pun boleh. Walau bagaimanapun ikan yang berlemak akan menyerap asap dengan lebih baik,sebab itu ikan salmon dan ikan trout banyak di buat salai. Anda boleh menggunakan keseluruhan ikan atau bahagian bahagian nya sahaja , tetapi filet dengan kulit masih ada adalah lebih baik daripada potongan cara lain.
Sebagai bahan bakar apa-apa jenis kayu pn boleh di buat bahan bakar, saperti sabut kelapa atau sabut gergaji.Tetapi untuk mendapat aorama terbaik biasa nya bahan bakar yang di guna adalah dari pohon yang berbuah saperti batang pokok jambu batu yang di ricik halus atau kayu dari pokok buah buahan lain.
Ikan Salmon biasanya disalai dengan kayu alder, ini adalah tradisi kepada masyarakat pribumi di bara tlaut Amerika Syarikat sejak beratus tahun dahulu lagi.
Jika anda boleh mengekalkan suhu asap yang rendah, bawah 150 darjah F. untuk 1 jam pertama atau dua, maka ikan akan mempunyai lebih banyak masa untuk menyerap rasa asap.Naikan suhu haba selepas 2 jam dengan menambah bahan bakar kepada kira-kira 200 darjah F sehingga selesai. Pastikan bahawa ikan dipanaskan sepanjang masa pada suhu tidak kurang dari 165 darjah F.
Selamat mencuba.
0 ulasan:
Comment/FAQ