Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

02 Julai 2009

KEBAIKAN IKAN KELI DENGAN OMEGA-3


Minyak ikan mempunyai asid lemak omega 3 yang tinggi yang datang dari sumber makanan ikan ia itu fitoplankton.Asid lemak omega 3 banyak terdapat dalam walnut,plankton marin dan ikan berlemak.
Komponen utama minyak walnut adalah asid alinoleik (ALA),sementara asid lemak yang terdapat dalam ikan berlemak dan dan minyak ikan adalah EPA dan DHA.Manakala minyak sayuran pula mempunyai kadar asid lemak omega 6 yang tinggi saperti minyak jagong dan minyak soya yang mengandungi kadar asid linoleik(LA) yang banyak.
Dalam tubuh manusia,ALA juga boleh di tukarkan kepada EPA dan DHA.Walau bagaimana pun,proses penukaran ini kurang berkesan pada bayi dan orang tua.


Apakah asid lemak omega 3
Terdapat 3 komponen utama asid lemak omega 3 ia itu
1.Asid O-linoleik (ALA),
2.Asid Eicopentaenoik (EPA)
3.Acid Dokosoheksonoik (DHA)
Acid lemak boleh di bahagikan kepada dua bahagian iaitu
1.Tepu (saturated)
2.Tidak tepu (unsaturated).
Acid lemak tepu tidak mempunyai ikatan dubel dan berbentuk pepejal pada suhu bilik.Kebanyakan asid lemak tepu boleh meningkatkan tahap kolesterol dalam darah manusia.Asid lemak tidak tepu pula mempunyai satu atau lebih ikatan dubel.
Asid lemak tidak tepu dengan satu ikatan dubel di panggil asid lemak ‘monounsaturated’ manakala asid lemak yang mempunyai lebih dari satu ikatan dubel di panggil asid lemak ‘polyunsaturated atau PUFAs,PUFAs terdapat dalam minyak ikan dan amat diperlukan oleh setiap orang.
Terdapat dua siri PUFAs,iaitu n-6 dan n-3.Contoh.Asid lemak n-6 adalah asid linoleik (LA),yang terdapat dalam minyak sayuran .Asid lemak tidak tepumonounsaturated’dan polyunsaturated tidak meningkatkan tahap kolesol pada manusia.Pada suhu bilik, ’Monounsaturated’adalah hampir cecair manakala polyunsaturated adalah cecair.
Kebaikan Asid Lemak Omega-3 Terhadap Kesihatan Manusia
Antara kebaikan asid lemak omega-3 (EPA & DHA) kepada kesihatan manusia, selain mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung adalah:-
-Meningkatkan tahap penglihatan dan sistem saraf pusat bagi fetus dan bayi
-Memulihkan radang seterusnya mengurangkan risiko artheroskleriosis
-Mengurangkan kadar bengkak pada sendi bagi pesakit rheumatoid arthritis
-Mengurangkan simptom psoriasis (sejenis penyakit kulit yang kronik)
-Mengurangkan kadar kematian bagi pesakit buah pinggang
-Mengurangkan tahap mikroalbuminuria bagi pesakit kencing manis yang bergantung pada insulin
-Meningkatkan fleksibiliti membran dan menggalakkan fungsi biologi
-Melambatkan proses penuaan dan penyakit autoimmum yang berkaitan dengan usia
-Menggalakkan kecerdasan fikiran

-

0 ulasan: