Dalam salah satu program itu kakitangan bank ini telah sampai ke sebuah perkampongan orang asli.
Setelah di beri penerangan oleh tok batin dan kakitangan bank,datang lah penduduk penduduk untuk buka akaun dan sebagai nya.
Salah seorang penduduk itu tampil untuk membuat pinjaman untuk berniaga rotan.
‘Ada cagaran’ Tanya pegawai bank yang bertugas.
Terpingga pinga tidak tahu apa yang di maksudkan oleh pegawai bank itu,Akhir nya dengan bantuan tok batin memberi penerangan,dia pun menganguk- ganguk tanda faham.
‘Rakit boleh’ Tanya orang asli tu,
’Maaf encik tak boleh,kita tak boleh bawa balik’ jawap pegawai bank itu,
” Anjing” Tanya orang asli lagi,” juga tak boleh ,sebab bank tiada kandang anjing encik”.Kata pegawai bank tadi.
Setelah pelbagai barang di tolak oleh bank untuk cagaran ,dengan bantuan tok batin akhirnya pinjaman itu di luluskan.
Setelah beberapa bulan,datang lah pegawai bank itu ke kampong tersebut untuk urusan perbankan berikut nya.Salah seorang yang hadir pada hari itu ialah peminjam untuk perniagaan rotan tadi.
“Encik saya nak bayar utang saya hari ini’ kata peminjam itu bila tiba giliran nya.” Boleh, boleh.sila duduk’ ,pelawa pegawai bank itu.
Peminjam orang asli ini pun duduk, lalu menghulurkan sebuah bakul penuh dengan wang kepada pegawai bank tadi.Pegawai bank ini pun mengambil bakul itu lalu mengira wang yang ada.Setelah di tolak wang pokok dan bunga,masih ada lagi baki yang masih banyak.
’Encik ini baki encik yang masih ada’ sambil menhulur wang baki ini kepada orang asli ini.’”Tapi encik kalau encik simpan dengan kami wang ini ,kami akan bagi bunga atas wang yang di simpan ” sambong pegawai bank itu.
Orang asli itu termenung sebenak sambil berfikir,setelah beberapa ketika,orang asli itu bertanya kepada pegawai bank tadi.
” Ada cagaran?........
0 ulasan:
Comment/FAQ