Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

22 Julai 2009

Ternakan ikan tingkat ekonomi peserta

KAMPUNG TEMILA - Pro-jek ternakan ikan keli membabitkan 10 peserta Ladang Rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbongan dilihat mampu meningkatkan ekonomi peserta.
ADUN Limbongan, Zainuddin Awang Hamat, ketika meninjau kerja penyelenggaraan tapak projek, di sini semalam berkata, peserta yang menguruskan projek di atas tanah seluas 0.92 hektar itu bakal menerima elaun RM800.
“Sebelum ini, kumpulan ini menerima RM200 sebulan daripada Ladang Rakyat, kini mereka mengusahakan projek yang mampu meningkatkan lagi pendapatan.
“Sebanyak 100,000 benih ikan akan dimasukkan awal Ogos depan dalam 100 petak yang disediakan untuk 10 peserta terbabit,” katanya.
Kata Zainuddin, selepas tempoh matang tiga bulan, peserta akan mengusahakan projek seterusnya dan elaun mungkin akan dinaikkan.
Menurutnya, DUN Limbongan merupakan kawasan ketiga mengusahakan projek ikan keli dalam kanvas selepas Chetok dan Pengkalan Pasir di Pasir Mas.
“Saya berharap, peserta yang terpilih memberikan komitmen kepada projek itu dan meneruskannya untuk mendapat elaun lebih menarik pada masa akan datang,” katanya.
Sementara itu, ketua peserta, Wan Rusli Ismail, 53, berkata, dia menyambut baik projek itu dan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang prihatin kepada rakyat.
“Saya sediakan tanah milik sendiri untuk tujuan projek ini, saya akan memastikan projek ini berjalan lancar dan dapat meningkatkan taraf hidup peserta,” katanya.
Selain ternakan ikan keli, Ladang Rakyat turut menyediakan ruang untuk projek tanaman pisang dan serai wangi yang memerlukan keluasan kawasan seluas 4.6 hektar.-Sinar Harian

0 ulasan: